
Wahai sahabatku yang kusayangi...
Dengarlah nasihatku ini. Walaupun bukanlah aku orang yang layak untuk memberikanmu nasihat. Namun sayangku kepadamu, menutup semua pintu-pintu kelemahan diriku ini. Dengarkanlah....
Bila mana ketika engkau sedang membaca nasihatku ini, kau masih berjihad dengan mata penamu itu (masih belajar), maka bersyukurlah! Bersyukurlah wahai sahabatku! Bersyukurlah dengan sebenar-benar kesyukuran!
Kerana sesungguhnya Allah telah memilihmu untuk berjalan di atas jalan-Nya yang lurus ini. Berjalan dan terus berjalan menuju lurus untuk mendapatkan 'hadiah' istimewa daripada-Nya. SYURGA. Ya, syurga! Allah lah yang telah memilih dirimu. Begitu ramai hamba yang dicipta-Nya di dunia ini, namun yang terpilih adalah. Engkau!
Begitu ramai yang tersesat dari jalan-Nya, tetapi bukan engkau. Begitu ramai yang mengingkari-Nya, tetapi bukan engkau. Begitu ramai yang tersungkur di luar sana, tetapi bukan engkau. Engkaulah yang dipilih-Nya! Bersyukurlah!
Wahai sahabatku yang kucintai...
Ikhlaskanlah hatimu selama engkau berusaha untuk mendapatkan 'hadiah'-Nya itu. SYURGA. Kerana keikhlasan itu akan menghembuskan kesabaran. Dan kesabaran itu akan membuahkan keindahan, kelazatan dan kenikmatan menjadi hamba-Nya.
Belum cukup cantik dinamakan ikhlas selagi kau belajar itu semata-mata untuk dimuntahkan di atas kertas peperiksaan. Namun jadikanlah kertas-kertas itu sebagai ukuran, sejauh mana ilmu itu telah kau perdalamkan, telah kau fahamkan, sebelum dengannya kau dapat amalkan.
Belum indah dinamakan ikhlas selagi engkau belajar itu kerana dahagakan pujian. Perlukah kita pujian-pujian itu? Tak! Cukuplah bagi kita janji Allah sebagai pembakar semangat jiwa. Orang berilmu itu syurga ganjarannya! Orang berilmu itu tinggi darjatnya, di sisi yang Maha Esa!
Oleh itu, ikhlaskanlah hatimu! Belajarlah kerana dambakan cinta daripada-Nya. Sungguh Allah itu cintakan hamba-Nya yang mencari ilmu! Belajarlah kerana mengharapkan reda daripada-Nya. Sungguh Allah itu meredai hamba-Nya yang menuntut ilmu!
Sesudah itu, beramal soleh lah dengan ilmu-ilmu itu. Dan sebar-sebarkan lah. InsyaAllah dengan rahmat-Nya, tiada kemenangan yang layak bagimu, melainkan syurga, tempat untuk kau beristirehat, setelah penat engkau berjihad! InsyaAllah....
Wahai sahabatku yang solehah....
Sedarlah bahawa dirimu itu sangat beharga, jauh lebih beharga daripada mutiara, jauh lebih beharga daripada intan permata.
Mengapa mesti kau murahkan harga dirimu itu dengan makhluk yang bernama lelaki? Bukanlah selayaknya lelaki-lelaki itu kau benci. Tetapi pergaulan bebas itu yang mesti kau hindari! Pergaulan bebas itu yang wajib kau jauhi!
Sungguh dirimu itu sangat berharga! Aku tidak nampak mahalnya dirimu itu dengan gayamu menghias rupa. Aku tidak nampak mahalnya dirimu itu jika dengan mudah engkau didekati mereka. Mahalkah dirimu itu?
Hiasilah dirimu dengan akhlak mulia. Perisailah dirimu dengan keimanan kepada-Nya. Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu kurniaan-Nya. Rapatkanlah hubunganmu dengan sahabat wanitamu dan keluarga. Bukan dengan lelaki-lelaki itu!
Selamat berjuang aku ucapkan. Moga dirimu sentiasa dalam keredaan. Sungguh dirimu itu sangat berharga!
Wahai sahabatku yang soleh....
Bukan tentang 'dia' yang kau perlu fikirkan. Jangan harga dirinya itu berani kau murahkan! Jauhilah pergaulan-pergaulan itu. Pergaulan bebas tiada batasan! Ingat ada tugas besar harus kita langsaikan! Menjadi pemimpin bukan tugas mainan. Sungguh ia amanah yang akan dipertanggungjawabkan!
Ayuh kita utamakan yang berkeutamaan!!
Ayuh kita bangkit menjadi lelaki sejati! Keimanan kepada-Nya jadikan asas kehidupan ini! Syakhsiah rasul-Nya mantapkan peribadi! Ilmu tuntutan-Nya lengkapi diri! Al-Quran itu cahaya di hati! Pandanganmu itu tundukkan ke bumi!
Bangkitlah! Apa yang kau termenungkan lagi? Tidak susah menjadi hamba-Nya. Namun tidak semudah itu untuk mengecap reda-Nya. Bersungguh-sungguhlah penuhkan amalan! Peliharalah diri daripada kemungkaran!!
Selamat berjihad aku ucapkan! Semoga dirimu sentiasa bersama reda Tuhan! Sungguh kita ini pemimpin ummah!!
Wahai sahabat-sahabatku...
Nasihat ini juga untuk diriku. Tegurlah aku ini yang tidak sempurna. Namun ambillah apa yang bermanfaat bagimu. Sesungguhnya nasihatku ini hanya sia-sia jika tidak kau amalkannya. Ambillah sesuatu walaupun sedikit cuma. Teguranmu yang aku harapkan!
Moga kita sekali lagi akan dipilih-Nya...
untuk mendapat 'hadiah' istimewa itu!
Amin!
_________________________________________________________________
Artikel ini kutujukan khas buat :
~keluargaku...
~kpd junior saya...
Farhan Fauzi (form3)
Saiful Akma (form2)
merekalah yang selalu tanya... 'abang iman... bang, bila nak wat artikel lagi...?' =D
dan ini khas buat mereka... =D
~kepada....
Siti Hajar Masyitah =D
selamat berjuang! peliharalah dirimu! ingat Allah bukan ada hanya di sekolah agama sahaja!
Allah itu sentiasa melihat kita.... =D
~kepada Awak! =D
peliharalah dirimu! agamamu! dan keluargamu! selamat berjuang!
~kepada sahabat-sahabat saya....sahabat seperjuangan saya...
~dan kepada anda semua... pembaca yang di redai!!!



BAGUS....
ReplyDeleteUSAHA LAGI UTK TGGKKN AGAMA ALLAH!!!
DAN UTK CAPAI REDHA ALLAH!!!
insyAllah..
ReplyDeletetengss sahabat! barakallah!
Iman..aq suka ayat ni..
ReplyDelete"Belum indah dinamakan ikhlas selagi engkau belajar itu kerana dahagakan pujian."
Ya ALlah..kau Ikhlaskanlah hatiku dalam membuat amal kepadaMu..jauhkan diriku dari ujub dan riak serta hasad dan dengki kepada sahabat-sahabatku!!
AMin Ya Rabbalalamin!!.
Doakan aq Iman..Ku pohon doa seorang sahabat..
ya... insyaAllah.
ReplyDeleteaq juga..
aq jugaa tidak sempurna.. doamu jugaa aku pohon. =D
ya Allah... sentiasalah Kau bersama kami walau dalam apa jua keadaan!
jangan pernah Kau tinggalkan kami. walau sedetik cuma!
insyaallah:)
ReplyDelete-syitah-
wah.. bez la kau pnye blog....congrats... tles byk2 lg...
ReplyDelete