Friday, July 8, 2011

Belajar Kerana Allah....

          Belajar kerana Allah
    Memang sudah menjadi kebiasaan bagi kita sebagai seorang pelajar, sering dinasihatkan supaya membetulkan niat sebelum belajar. Nasihat ini sering disebut berulang-ulang kali oleh para guru, sahabat handai, abang-abang dan kakak-kakak senior.

“Belajarlah kerana Allah.”
“Kalau nak belajar tu,belajarlah kerana Allah.”
“Belajar kerana Allah akan membuahkan kejayaan!”

    Semua ini dan bermacam-macam lagi nasihat seperti ini sering dinasihatkan kepada kita. Nasihat supaya membetulkan niat sebelum belajar. Kalau kita perhatikan semuanya menyeru kepada satu fikrah yang satu. Belajar Kerana Allah!

Bukan sekadar hiasan

    Selepas sahaja mendengar nasihat ini, banyak tindakan positif yang mula digerakkan oleh kebanyakan pelajar. Ada yang mula melazimi ucapan nasihat itu sebelum tidur. Tidak kurang juga yang mencatatkan matlamat (Belajar Kerana Allah) itu dalam sehelai kertas kecil dan diletakkan di dalam ‘wallet’. Dan sebahagian besar yang saya lihat mereka manulis matlamat murni itu di atas sehelai kertas dengan cantik,
kemas dan berwarna-warni. Kemudian ditampalnya pada meja, almari, dinding kelas dan pelbagai lagi permukaan yang mudah dilihat. Bagus! Teruskan usaha murni ini! Semoga yang berusaha akan berjaya!
Jika ditanya mengapa. Jawapan mereka tetap sama.

“Ana nak jadikan ia sebagai kata-kata semangat! Setiap kali ana ternampak perkataan-perkataan tu, ana akan bersemangat nak belajar. Ya! Belajar Kerana Allah!” Dia menjerit lantang. Penuh bersemangat.

“Sejauh mana anta faham dengan matlamat itu? Apa yang anta faham dengan matlamat murni tu? Apa yang anta lakukan bagi merealisasikan matlamat belajar kerana Allah itu dalam kehidupan anta?” Saya melontarkan beberapa soalaan mudah kepadanya sambil tersenyum. =D senyum~~~~

    Tiba-tiba dia terdiam seribu bahasa. Suasana menyepi seketika. Seolah-olah api yang marak tadi terpadam lenyap tiada makna. Dirinya terpaku. Mukanya kerut seribu. Sedarlah sahabat, ia bukan sekadar Hiasan!

Ilmu Redha Allah = ??

    Bukanlah saya nak katakan di sini bahawa usaha anda menzahirkan matlamat itu di atas kertas, merupakan usaha yang sia-sia. Tidak! Sesekali tidak! Saya juga seperti anda. Saya juga turut menzahirkannya sebagai motivasi saya setiap hari. Jadi usaha kita ini bukan sia-sia, bahkan ia akan menjadi penggerak utama kepada usaha kita selepas ini. Usaha bagi merealisasikan apa yang kita sebut-sebutkan ‘Belajar Kerana Allah’. Ish! Katakan sajalah bagaimana!

    Baiklah mari kita lihat dahulu apa yang diertikan dengan ‘belajar kerana Allah’. Saya tidak mengambil definisi tentang ini daripada mana-mana buku. Tetapi saya cuba membina definisi saya sendiri. Senang saja. Belajar kerana Allah membawa maksud : -Belajar Untuk Membawa Diri Kita ke Syurga- . Saya mereka-rekakah definisi ini? Jawapannya. Tidak! Mari kita lihat hadis nabi ini :

“Sesiapa yang merintis satu jalan bagi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan jalannya ke SYURGA.”
Nah! Inilah yang dimaksudkan dengan belajar kerana Allah yang sebenar-benarnya. Kita Belajar Kerana Allahmewajibkannya. Kita Belajar Kerana Allah redha orang yang berilmu. Kita Belajar Kerana Allah mengangkat martabat orang yang berilmu. Kita  Belajar Kerana Allah  menjanjikan  Syurga bagi orang berilmu! Barulah terbalas segala penat dan lelah kita selama ini.

    Kalau kita belajar atas dasar ini, bukan setakat ‘staight’ A dalam peperiksaan sahaja kita dapat, Syurga pun turut datang sebab kita taat. Taat kepada Allah dalam usaha kita menuntut ilmu ini!
                
         
Ilmu + redha Allah = syurga!!


Ayuh Mulakan! Bermula dari Permulaan!

    Sedar atau tidak
, sebenarnya kita sudah pun bermula dengan baik sekali. Bermula dengan meletakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Berbanding  dengan orang lain yang meletakkan kejayaan hanya di kertas peperiksaan sahaja. Tahniah! Tinggal sahaja lagi gerak kerja kita untuk merealisasikannya! Gerak kerja bagi membuktikan ia bukan sekadar hiasan!

   
    Jadi gerak kerja yang pertama dan yang paling utama ialah kembali kepada Allah sebagai hamba. Hamba yang patuh segala perintah-Nya. Hamba yang bersungguh-sungguh meninggalkan larangan-Nya. Hamba yang selalu mengharapkan redha-Nya. Hamba yang takut kepada-Nya!


   Mungkin sahaja ada yang berasa hairan apabila saya tidak menyatakan bahawa gerak kerja yang pertama ialah menyusun waktu belajarmengikut kepentingan. Atau, melazimkan belajar secara berkumpulan. Mengapa kembali kepada Allah sebagai hamba pula yang menjadi pilihan?



    Saya percaya jika anda sakit kuat, anda pastinya akan berjumpa dengan doktor bukan? Ini kerana anda amat percaya bahawa doktor itu mampu menyembuhkan penyakit anda itu. Betul tak?

      Begitu juga apabila anda menuntut ilmu. Kata mahu cemerlang. Kata mahu masuk Syurga. Jadi mintalah pada Yang Menciptakannya. Dialah Allah! Pencipta kepada Syurga dan kecemerlangan yang kita impikan! Jadi, kepada Dialah kita perlu kembali. Kembali menjadi hambanya yang taat. Serta memohon kepada-Nya agar dikurniakan kejayaan itu.


    Yakin dan percayalah! Dengan kembali kepada-Nya sebagai hamba, usaha-usaha kita yang lain seperti menumpukan perhatian dalam kelas, proses ulang kaji, dan belajar secara berkumpulan akan menjadi lebih mudah dan berkesan!


Mohonlah
kepada-Nya untuk berjaya.
Kerana Dialah yang menciptakannya.
Jadikan proses pembelajaran kita sebagai jalan ke Syurga!
Taat perintah-Nya. Tinggalkan larangan-Nya.
Kerana inilah hakikat yang sebenarnya,
Hakikat Belajar Kerana Allah!!
 KESUDAHAN YANG BAIK BAGI ORANG YANG BERTAKWA

No comments:

Post a Comment