MUTIARA IMAN
{keimanan asas kehidupan}
Monday, April 18, 2016
Manis yang Tawar
Malam ini tak serupa malam itu. Walau tarikhnya hampir sama di papan kalender, namun malam ini angin tidak lagi berlagu kasih. Sunyi... sepi... daun-daun pejam sedih.
Aku masih ingat malam itu cukup indah. Sehingga kalau pun gula ditabur ke tanah, semut tetap hinggap di bibirmu bikin rumah. Setiap bait kata-kata, setiap butir janji kau bina, buat aku makin haus, terkandas aku di kemarau cinta mu yang maha luas.
Kau janji mahu sehidup semati. Kau janji takkan lari sembunyi tinggal aku sendiri. Kau janji walau datang yang lain takkan aku kau berpaling. Kau janji itu kau janji ini. Kau janji..kau janji...
Memang setahun dua cinta kita mekar. Harum bunga mawar. Bagai di taman syurga disiram dibaja molek terjaga. Setiap masa kita bersama.
Setiap hari lahir kau hadiahkan aku barangan. Aku gembira. Bila tiba giliranmu, kuhadiahkan juga kita bahagia. Setiap kejayaanmu ku iringkan ucapan tahniah. Kita bergambar ku kirimkan hadiah. Walau tak bermewah kita usaha susah payah. Alhamdulillah... kau lah yang satu.
Kau lah yang satu. Di dalam doa nama mu ku mula sebut-sebut selalu. Aku berdoa biar walau apa pun yang bakal berlaku biar tetap kita bersatu. Kau sudah ku pilih sebagai pilihanku... yang bakal menceriakan setiap hari hari ku...
Yang takkan pernah aku bosan melihat senyuman. Biar orang berkata aku gila tidak siuman. Biar...Ah kalau sudah kuasa cinta mu bertahta di hati bagaimana mungkin aku berhenti tersenyum kepuasan. Semoga cinta kita berkekalan. Kata-kata orang itu tak usahlah kau pedulikan.
Namun sayang...
Tidak langsung kuduga. Ku sangkakan kemarau tiba-tiba hujan. Mawar di taman syurga akhirnya layu juga berguguran. Manisnya gula di bibir akhirnya bertukar masam kekelatan. Aku heran...
Entah datang dari mana, hadir pula seseorang di antara kita. Orang ke tiga. Aku tidak heran dengan kehadiran si dia. Tetapi kenapa pula engkau yang berpaling muka. Terus bertukar rasa. Membuka kitab cinta baru. Aku?
Aku kau tinggal seperti tunggul... seperti lalang tempat najis lembu dikumpul... seperti sampah orang buang tak kisah... seperti bangkai yang membusuk... yang mati dek kerana teminum racun janji-janji mu yang ku ingat dulu adalah penawar bila hati gundah tak bergula tawar.. aku bebal percayakan kau sial.
Namun... disebalik kesedihan ini... aku gembira.. kerana tidak lemas dan hanyut di dalam lautan cinta manusia.. aku kini sudah berjaya. Dengan sedikit usaha dan tenaga, aku kini sudah membuka syarikat aku sendiri.
Dengan rezeki yang melimpah ruah ini, bersama-sama keluarga ku kongsi. Dan dengan ketiadaan mu di sisi... barulah aku mengerti tanggungjawab aku yang hakiki,
Sebagai hamba sang Pencipta, sebagai anak hararapan keluarga....
Sunday, March 11, 2012
Guruh berdentum! petanda hujan kah?
KESIBUKAN jalan raya Indah itu seolah-olah memberikan visual jelas akan bercelarunya, akan berkecamuknya hati Pak Kasim. Biarpun namanya Indah, yang lazim ditakrifkan dengannya kegembiraan dan kesenangan, namun kesibukan dan kesesakannya petang itu amat kontra sekali dengan takrif lazimnya, Indah. Sesak itu juga jiwa Pak Kasim. Celaru itu juga qalbu Pak Kasim. Kereta-kereta yang meluncur deras bak jutaan persoalan yang bertalu keras di benaknya. Hiruk-pikuk hon yang bingit bak jeritan yang nyaring dalam batinnya. Ah, apa saja yang menghantuinya! Pak Kasim… Pak Kasim…
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Petang iu cukup berbeza daripada sebelumnya. Mentari garang senang elok menyorok di balik kepulan-kepulan awan kelabu yang sedari tadi bergerak tenang. Dedaunan yang gugur itu menari lesu mengikut saja daya angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dek dipaksa oleh graviti, jatuh pula sehelai di riba Pak Kasim.
“Huh!”, dia mengeluh keras. Si kecil yang diam di ribanya tadi jatuh mencium bumi.
“Kasim! Apa yang kamu fikir kamu cuba buat ha?”
“Ustaz tak perlu nak nasihatkan saya. Saya tahu apa yang saya nak buat. Ustaz teruskan jelah ceramah-ceramah ustaz tu dekat budak lain. Tak payah nak susah hiraukan saya.” Balas Kasim tanpa sekali pun melihat bola mata ustaznya yang setia duduk dihadapannya sedari tadi.
“Tapi Kasim…Rokok itu kan membahayakan kesihatan kamu. Ini untuk masa depan kamu jug…”
“Masa depan saya? Ah! Apa yang ustaz tahu tentang masa depan saya?” Tinggi nada suaranya.
“Kasim jaga adab kamu…”
“Ah! Adab je lah yang ustaz tahu! Perasaan saya ustaz tak pernah nak ambil tahu!”
“Kasim…”
“Sudahlah! Masa depan saya, saya yang tentukan! Tanpa adab pun saya boleh berjaya!” Jeritnya kasar. Kerusi ditarik ke belakang. Keluar. Pintu dihempas deras.
Dummm! Bunyi pintu itu serentak dengan dentuman guruh dilangit luas.
Tersentak Pak Kasim dari lamunan. Tangan menyapu-nyapu rambut kasar. Gusar. “Adab? Ah, baru kusedar akan peri pentingnya. Kalau dulu aku beradab terhadap guru-guruku, pasti aku tidak di sini sekarang. Pasti aku bukan begini sekarang. Maafkan aku ustaz. Maafkan aku. Hum….” Monolognya sendirian. Masih bermain-main lagi peristiwa di mana keputusan SPM diumumkan di ruang kepala yang sudah sekian lamanya dihimpit persoalan-persoalan membuntukan. Masih jelas garis senyum sahabat-sahabatnya yang jauh cemerlang senang dengan keputusan mereka, ada pun dia sendirian menangis di sudut hujung tandas. Kecewa? Kecewalah dia dengan adab buruknya sendiri!
Pandangannya disebar luas ke seluruh padang. Satu-satu diamatinya perlahan dari bawah pohon rendang yang lebih tua daripadanya. Sudah dua jam setengah diam dia di situ. Terlihat dari kejahuan kanak-kanak bermain riang. “Hummm….” Keluhnya lagi. Berat.
“Man… Mahu pergi mana nak… malam-malam buta ni?”
“Man nak keluar sekejap!” Rokok, kunci dan helmet dicapai.
“Man, dah solat belum? Man! Man berlumba lagi? Sudah lah Iman… kan…”
“Solat? Ah sejak bila abah cerita pasal solat ni? Abah sendiri tak pernah solat!” Tengkingnya kuat. Jaket kulit hitam dipakai siap. Ke arah pintu dia menuju. “Ah, lagi satu. Sejak bila abah ambil kesah fasal hidup Man? Man pergi mana! Dengan siapa! Semua abah tak ambil tahu! Inikan solat? Fasal adab tak payah disebut-sebut! Memang langsung tak pernah abah terapkan! Hahaha…ustaz mana yang dah..”
“Amir Iman! Cukup! Cuk…”
“Ah! Ini semua memang salah abah! Abah yang langsung tak pernah mendidik saya! Huh, abah? Kau bukan abah aku!” Pintu dihempas kuat! Enjin motor hidup. Satu saat. Dua saat. Sudah berlalu.
Kasim tercengang. Nafas turun naik. Bagai dada dihimpit. Berat. Suasana sunyi. Sepi. Bahasa lenyap dalam masa. Jasad terpaku. Fikiran buntu. Dummmmm!!
“Imaaaaaaaaaaaaan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Iman!” Pak Kasim terjerit separa kuat. Tangannya terhulur kehadapan bagai hendak mencapai anaknya. Anaknya yang kini hanya disebut-sebut dalam doa. Ya, dia sudah tiada. Ya, dia sudah mati! “Ah!” Kepalanya dihentam bola yang tidak sengaja disepak oleh anak-anak riang tadi.
“Maaf ya pak cik.”
“Tidak mengapa nak…” Balasnya bersama senyuman kelat. Sungguh dia terkesan dengan hentaman bola itu. Seolah-olah teguran keras dari Tuhan akan kesilapan silamnya.
“Maafkan abah iman… Maafkan abah… Abah yang salah dalam mendidikmu nak. Adab tidak abah terapkan! Sunnah tidak abah semaikan! Sehinnga kau rosak nak... sehinnga kau rosak... Ya Allah, jangan engkau azabnya! Aku yang bersalah! Aku yang bersalah ya Allah… Ya Allah!” Tangan dihentak-hentaknya ke tanah. Kesal dia dalam tangisan. Akhirnya kaca pecah jua. Kolam tangisan yang dia tahan-tahan akhirnya bocor jua. Air mata lelakinya mengalir lesu, menitik ke bumi Allah…
“Imaaaaaaaaaaaaan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Kasim menjerit kuat! Nafasnya tersekat-sekat di hujung hidung. Tombol pintu dicapai pantas. Pintu dibuka keras.
Masa bagai berhenti bersama langkah. Jasad Iman sudah berlumuran darah. Pekat merah! Kau sudah terlambat Kasim! Terlihatnya jasad Iman di bawah kereta besar. Kasim mengatur langkah pantas menuju kepada anaknya tercinta. Dipeluknya erat di atas riba. “Iman! Bangun nak!” Rayu seorang bapa malang.
Mulut iman terkumat-kamit. “a…aa…ku..uh, tak…kan…ma….uh…maaf….kan…kau!”
“Iman!! Mengucap nak! Mengucap! Asyhadu an laaa ilaaha illallah…..” Kasim membisikkan kalimah mulia itu di telinga anaknya. Dalam tangisannya dia melihat Iman terkulai layu. Dia sudah pergi!
“Anakku Iman!!” Seorang wanita menjerit dari arah dalam kereta.
Kasim yang mendakap mengangkat muka. “Zurina!!” Dia menjerit becampur kesal! Apa yang dilihatnya saat itu tidak masuk akal! Isterinya di dalam kereta bersama lelaki yang langsung tiada kena-mengena dengan nasab keturunannya. Jasad Iman diletaknya ke tepi. Tidak perlu baginya berfikiran waras ketika itu. Topi helmet Iman dicapainya dari atas jalan. Terus dia mendapatkan manusia yang menjerit tadi. Pannnng!! Kepala Zurina, isterinya menjadi mangsa! Berkali-kali dihentaknya!
Jiran-jiran mula keluar cuba meleraikan keadaan. Situasi cemas itu tidak dapat dikawal sesiapa. Lelaki yang bersama isterinya tadi lenyap menghilangkan diri. Dek tahu akan dibunuhnya sama seperti jasad wanita yang derhaka terhadap suaminya itu. Zurina.
“Sudah lah Kasim!”
“Sudah lah Kasim! Sudah!
“Kasim!!!!!!!!!!!!”
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Pak Kasim sudah hilang pertimbangan. Air matanya kini mengalir lebih deras. Titik-titik hujan mula membasahi bumi. Turut menangisi kisah silam seorang yang malang. Pengabaian Pak Kasim tentang adab dan sunnah di dalam kehidupannya serta keluarganya benar-benar membuatkan dia menyesal kini! Nah, mengundang penyesalan yang teramat!
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Pak Kasim mengalihkan pandangannya lemah ke arah tanah perkuburan nun di seberang jalan Indah yang baru sahaja dilawatinya tiga jam lepas. Dia masih menangis kekesalan.
“Sudahlah Kasim, jangan lah kau tangiskan lagi barang yang lepas… marilah dikau turuti aku. Sudah lama aku tidak ketemu engkau, kanda. Marilah…mari… Aku rindu sama kamu kanda.”
“Ah, Zurina! Zurina! Maafkan Abang Zurina! Maafkan abang!”
“Marila kanda….mari….”
Dummmm!!
“Pak Kasiiiiiiiiiiiiiiiimmm!!!!”
“Uh..uh… Maafkan abah Iman….Uh.. maa…afkaa..n..abang Zuu…ri..na…”
“Pak Kasim!!!!”
“Ustaz tak perlu nak nasihatkan saya. Saya tahu apa yang saya nak buat.”
“Kasim jaga adab kamu…”
“Uh…uh..”
“Sudahlah! Masa depan saya, saya yang tentukan! Tanpa adab pun saya boleh berjaya!”
“Solat? Ah sejak bila abah cerita pasal solat ni? Abah sendiri tak pernah solat!”
“uh….aaahh….”
“Amir Iman! Cukup! Cuk…”
“Ah! Ini semua memang salah abah! Abah yang langsung tak pernah mendidik saya!”
Penglihatan tuanya menjadi kabur. Nafasnya putus….putus. Darah merah mula mengalir basah. Hujan lebat akhirnya turun sama. Manusia lain sibuk mengerumuni mayat orang tua malang itu. Tidak ada yang dapat Pak Kasim lalukan untuk mengubah takdirNya. Semuanya sudah tercatat sebagai suratan. Suratan yang berkekalan……
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Tidak! Ia petanda seorang lagi hambanya pergi menghadapNya!
Saturday, August 13, 2011
Wahai Sahabatku....

Wahai sahabatku yang kusayangi...
Dengarlah nasihatku ini. Walaupun bukanlah aku orang yang layak untuk memberikanmu nasihat. Namun sayangku kepadamu, menutup semua pintu-pintu kelemahan diriku ini. Dengarkanlah....
Bila mana ketika engkau sedang membaca nasihatku ini, kau masih berjihad dengan mata penamu itu (masih belajar), maka bersyukurlah! Bersyukurlah wahai sahabatku! Bersyukurlah dengan sebenar-benar kesyukuran!
Kerana sesungguhnya Allah telah memilihmu untuk berjalan di atas jalan-Nya yang lurus ini. Berjalan dan terus berjalan menuju lurus untuk mendapatkan 'hadiah' istimewa daripada-Nya. SYURGA. Ya, syurga! Allah lah yang telah memilih dirimu. Begitu ramai hamba yang dicipta-Nya di dunia ini, namun yang terpilih adalah. Engkau!
Begitu ramai yang tersesat dari jalan-Nya, tetapi bukan engkau. Begitu ramai yang mengingkari-Nya, tetapi bukan engkau. Begitu ramai yang tersungkur di luar sana, tetapi bukan engkau. Engkaulah yang dipilih-Nya! Bersyukurlah!
Wahai sahabatku yang kucintai...
Ikhlaskanlah hatimu selama engkau berusaha untuk mendapatkan 'hadiah'-Nya itu. SYURGA. Kerana keikhlasan itu akan menghembuskan kesabaran. Dan kesabaran itu akan membuahkan keindahan, kelazatan dan kenikmatan menjadi hamba-Nya.
Belum cukup cantik dinamakan ikhlas selagi kau belajar itu semata-mata untuk dimuntahkan di atas kertas peperiksaan. Namun jadikanlah kertas-kertas itu sebagai ukuran, sejauh mana ilmu itu telah kau perdalamkan, telah kau fahamkan, sebelum dengannya kau dapat amalkan.
Belum indah dinamakan ikhlas selagi engkau belajar itu kerana dahagakan pujian. Perlukah kita pujian-pujian itu? Tak! Cukuplah bagi kita janji Allah sebagai pembakar semangat jiwa. Orang berilmu itu syurga ganjarannya! Orang berilmu itu tinggi darjatnya, di sisi yang Maha Esa!
Oleh itu, ikhlaskanlah hatimu! Belajarlah kerana dambakan cinta daripada-Nya. Sungguh Allah itu cintakan hamba-Nya yang mencari ilmu! Belajarlah kerana mengharapkan reda daripada-Nya. Sungguh Allah itu meredai hamba-Nya yang menuntut ilmu!
Sesudah itu, beramal soleh lah dengan ilmu-ilmu itu. Dan sebar-sebarkan lah. InsyaAllah dengan rahmat-Nya, tiada kemenangan yang layak bagimu, melainkan syurga, tempat untuk kau beristirehat, setelah penat engkau berjihad! InsyaAllah....
Wahai sahabatku yang solehah....
Sedarlah bahawa dirimu itu sangat beharga, jauh lebih beharga daripada mutiara, jauh lebih beharga daripada intan permata.
Mengapa mesti kau murahkan harga dirimu itu dengan makhluk yang bernama lelaki? Bukanlah selayaknya lelaki-lelaki itu kau benci. Tetapi pergaulan bebas itu yang mesti kau hindari! Pergaulan bebas itu yang wajib kau jauhi!
Sungguh dirimu itu sangat berharga! Aku tidak nampak mahalnya dirimu itu dengan gayamu menghias rupa. Aku tidak nampak mahalnya dirimu itu jika dengan mudah engkau didekati mereka. Mahalkah dirimu itu?
Hiasilah dirimu dengan akhlak mulia. Perisailah dirimu dengan keimanan kepada-Nya. Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu kurniaan-Nya. Rapatkanlah hubunganmu dengan sahabat wanitamu dan keluarga. Bukan dengan lelaki-lelaki itu!
Selamat berjuang aku ucapkan. Moga dirimu sentiasa dalam keredaan. Sungguh dirimu itu sangat berharga!
Wahai sahabatku yang soleh....
Bukan tentang 'dia' yang kau perlu fikirkan. Jangan harga dirinya itu berani kau murahkan! Jauhilah pergaulan-pergaulan itu. Pergaulan bebas tiada batasan! Ingat ada tugas besar harus kita langsaikan! Menjadi pemimpin bukan tugas mainan. Sungguh ia amanah yang akan dipertanggungjawabkan!
Ayuh kita utamakan yang berkeutamaan!!
Ayuh kita bangkit menjadi lelaki sejati! Keimanan kepada-Nya jadikan asas kehidupan ini! Syakhsiah rasul-Nya mantapkan peribadi! Ilmu tuntutan-Nya lengkapi diri! Al-Quran itu cahaya di hati! Pandanganmu itu tundukkan ke bumi!
Bangkitlah! Apa yang kau termenungkan lagi? Tidak susah menjadi hamba-Nya. Namun tidak semudah itu untuk mengecap reda-Nya. Bersungguh-sungguhlah penuhkan amalan! Peliharalah diri daripada kemungkaran!!
Selamat berjihad aku ucapkan! Semoga dirimu sentiasa bersama reda Tuhan! Sungguh kita ini pemimpin ummah!!
Wahai sahabat-sahabatku...
Nasihat ini juga untuk diriku. Tegurlah aku ini yang tidak sempurna. Namun ambillah apa yang bermanfaat bagimu. Sesungguhnya nasihatku ini hanya sia-sia jika tidak kau amalkannya. Ambillah sesuatu walaupun sedikit cuma. Teguranmu yang aku harapkan!
Moga kita sekali lagi akan dipilih-Nya...
untuk mendapat 'hadiah' istimewa itu!
Amin!
_________________________________________________________________
Artikel ini kutujukan khas buat :
~keluargaku...
~kpd junior saya...
Farhan Fauzi (form3)
Saiful Akma (form2)
merekalah yang selalu tanya... 'abang iman... bang, bila nak wat artikel lagi...?' =D
dan ini khas buat mereka... =D
~kepada....
Siti Hajar Masyitah =D
selamat berjuang! peliharalah dirimu! ingat Allah bukan ada hanya di sekolah agama sahaja!
Allah itu sentiasa melihat kita.... =D
~kepada Awak! =D
peliharalah dirimu! agamamu! dan keluargamu! selamat berjuang!
~kepada sahabat-sahabat saya....sahabat seperjuangan saya...
~dan kepada anda semua... pembaca yang di redai!!!
Friday, July 29, 2011
Nur Hidayah! Kau Milikku!
Kau kuletakkan kemas dalam hatiku. Tanpa kau hidupku tidak bermakna. Kau adalah cahaya! Cahaya hatiku! Kau yang menyuluh hidupku selama ini. Menyuluh hidupku daripada kegelapan kepada cayaha ketenangan, cahaya kebenaran. Sungguh kau anugerah Tuhan yang paling bermakna!
Kau tak pernah aku lupa dalam setiap doaku. Namamu sentiasa kusebut tanpa ragu-ragu. Aku sentiasa berdoa agar kau sentiasa berada di sisiku. Berada di sisiku setiap masa! Aku selalu berdoa agar kau menjadi milikku. Milikku buat selamanya! Aku sering berdoa agar kau memenuhi hatiku. Memenuhi hatiku sebagai penenang jiwa!
Sungguh kau anugerah Tuhan! Anugerah Allah yang paling istimewa!
Kaulah....
Nur Hidayah!!
Kau cahaya hatiku!
Nur Hidayah. Nama yang tidak asing lagi dalam setiap doaku. Ramai sahabat saya yang akan bertanya. Kenapa dia yang menjadi pilihan saya. Jawapan saya mudah.
"Sebab dia cahaya hati ana. Tanpa dia ana akan hidup dalam kegelapan. Hari-hari ana akan menjadi suram dan kelam. Tanpa dia ana takkan hidup dalam cahaya ketenangan." saya menjawab ringkas sambil tersenyum.....macam ni.... =D
Sahabat-sahabat saya yang lain mngerutkan wajah-wajah mereka. Kalau dalam komik, mesti sudah nampak simbol '????' di atas kepala mereka. =D
"Iman ni dah angau ke apa ni?" Faiz membuat konklusi. Umair pula cuma tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Nur Hidayah yang saya maksudkan bukanlah wanita idaman hati. Bukan pula seorang bidadari. Tetapi dia juga makhuk Allah. Makhluk-Nya yang Dia campakkan ke dalam hati-hati orang yang dikehendaki-Nya. Hati-hati orang yang dipilih-Nya.
"......Allah memberi petunjuk (hidayah) kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus."
Inilah makhluk Allah yang selalu bertandang dalam setiap doa saya. Hidayah. Jika nur bermaksud cahaya. Jadi Hidayah yang saya maksudkan ialah petunjuk Allah kepada kebenaran. Saya suka melambangkan Hidayah ini sebagai cahaya. Oleh itu, saya suka akan analogi yang dibuat oleh seorang guru Biologi saya, sir Shaiful. =D
"Hidayah itu umpama cahaya. Dan dengan cahaya inilah kita akan mampu melihat jalan dan rintangan ke syurga. Bayangkan kita sedang memandu sebuah kereta untuk ke satu destinasi. Namun keadaan sangat gelap. Tiada langsung cahaya. Sudah tentu kita tidak akan mampu untuk ke destinasi itu. Bahkan mungkin kita akan melanggar rintangan yang tak sepatutnya dilanggar. Atau lebih teruk lagi kita akan SESAT entah ke mana! Begitu juga kita sebagai hamba Allah." Bicaranya terhenti sketika. Barangkali beliau suruh kami berfikir. Kelas sunyi seketika.
"Saya bagi contoh mudah. Contohnya seorang peniaga yang berniaga pada hari Jumaat. JIka dia dikurniakan Hidayah, sudah pasti dia akan berhenti menjual apabila azan berkumandang. Sebaliknya jika dia tidak dianugerahkan Hidayah, dia tak akan nampak bahawa perbuatan itu haram. Tetapi yang dia akan nampak ialah keuntungan. Keuntungan dunia yang menipu! sambung beliau.
Lihatlah! Lihatlah betapa pentingnya Nur Hidayah itu. Dengan cahayanya lah kita mampu melihat jalan ke Syurga (Iaitu melaksanakan segala perintah-Nya) dan rintangan untuk ke syurga itu sendiri (iaitu perkara-perkara larangan-Nya).
Deengan cahayanya jugalah hari ini kita mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Dengan cahayanya lah kita masih beriman Allah sebagai Tuhan. Dengan cahayanya lah perintah Allah masih kita laksanakan, larangan Allah kita tinggalkan, syariat-Nya kita tegakkan, sunnah rasul-Nya menjadi pegangan! Sahabat! Sedarlah! Dengan cahaya Hidayah inilah kita masih tetap berada dalam nikmat keISLAMAN! Mengapa seebelum ini kita tidak pernah bersyukur!?
Ya Allah! Kurniakanlah! Kurniakanlah aku Nur Hidayah!
Sahabat! Nur Hidayah mahal harganya! Bukan mudah untuk mendapatkannya. Hanya mereka yang Allah kehendaki sahaja akan berjaya mendakapnya. Jadi marilah kita meletakkan diri kita sebagai orang yang akan dipilih-Nya! Dengan kembali kepada-Nya sebagai hamba. Mudah. Dan dengan rahmat-Nya dan cahaya Hidayah-Nya, insyaAllah kita akan pulang ke kampung kita. SYURGA!
Ya Allah Ya Tuhanku!
Tuhan sekalian alam! Tuhan yang memiliki sifat-sifat yang agung!!
Aku mohon kepadamu ya Allah!
Kau kurniakanlah aku Nur Hidayah-Mu!
Agar denganya aku sentiasa berada di atas jalanMu yang lurus ini!
Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati ini!!
Kau tetapkanlah hati ini di atas agama-Mu!
Kau tetapkanlah hati ini sentiasa mentaatiMu!
Kepada Engkaulah aku berserah diri! Dan hanya kepada Engkau lah aku bertawakkal!
Ya Allah! Perknankanlah!! Perknankanlah!!
Tutup mata. Dan mari kita mulakan langkah untuk menjadi hamba-Nya! Ayuh SAHABAT!!!
KESUDAHAN YANG BAIK BAGI ORANG YANG BERTAKWA !!!!!
Friday, July 8, 2011
Belajar Kerana Allah....
Belajar kerana Allah
“Belajarlah kerana Allah.”
Semua ini dan bermacam-macam lagi nasihat seperti ini sering dinasihatkan kepada kita. Nasihat supaya membetulkan niat sebelum belajar. Kalau kita perhatikan semuanya menyeru kepada satu fikrah yang satu. Belajar Kerana Allah!
Selepas sahaja mendengar nasihat ini, banyak tindakan positif yang mula digerakkan oleh kebanyakan pelajar. Ada yang mula melazimi ucapan nasihat itu sebelum tidur. Tidak kurang juga yang mencatatkan matlamat (Belajar Kerana Allah) itu dalam sehelai kertas kecil dan diletakkan di dalam ‘wallet’. Dan sebahagian besar yang saya lihat mereka manulis matlamat murni itu di atas sehelai kertas dengan cantik, kemas dan berwarna-warni. Kemudian ditampalnya pada meja, almari, dinding kelas dan pelbagai lagi permukaan yang mudah dilihat. Bagus! Teruskan usaha murni ini! Semoga yang berusaha akan berjaya!
“Ana nak jadikan ia sebagai kata-kata semangat! Setiap kali ana ternampak perkataan-perkataan tu, ana akan bersemangat nak belajar. Ya! Belajar Kerana Allah!” Dia menjerit lantang. Penuh bersemangat.
“Sejauh mana anta faham dengan matlamat itu? Apa yang anta faham dengan matlamat murni tu? Apa yang anta lakukan bagi merealisasikan matlamat belajar kerana Allah itu dalam kehidupan anta?” Saya melontarkan beberapa soalaan mudah kepadanya sambil tersenyum. =D senyum~~~~
Tiba-tiba dia terdiam seribu bahasa. Suasana menyepi seketika. Seolah-olah api yang marak tadi terpadam lenyap tiada makna. Dirinya terpaku. Mukanya kerut seribu. Sedarlah sahabat, ia bukan sekadar Hiasan!
* Ilmu + Redha Allah = ??
Bukanlah saya nak katakan di sini bahawa usaha anda menzahirkan matlamat itu di atas kertas, merupakan usaha yang sia-sia. Tidak! Sesekali tidak! Saya juga seperti anda. Saya juga turut menzahirkannya sebagai motivasi saya setiap hari. Jadi usaha kita ini bukan sia-sia, bahkan ia akan menjadi penggerak utama kepada usaha kita selepas ini. Usaha bagi merealisasikan apa yang kita sebut-sebutkan ‘Belajar Kerana Allah’. Ish! Katakan sajalah bagaimana!
Baiklah mari kita lihat dahulu apa yang diertikan dengan ‘belajar kerana Allah’. Saya tidak mengambil definisi tentang ini daripada mana-mana buku. Tetapi saya cuba membina definisi saya sendiri. Senang saja. Belajar kerana Allah membawa maksud : -Belajar Untuk Membawa Diri Kita ke Syurga- . Saya mereka-rekakah definisi ini? Jawapannya. Tidak! Mari kita lihat hadis nabi ini :
“Sesiapa yang merintis satu jalan bagi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan jalannya ke SYURGA.”
Kalau kita belajar atas dasar ini, bukan setakat ‘staight’ A dalam peperiksaan sahaja kita dapat, Syurga pun turut datang sebab kita taat. Taat kepada Allah dalam usaha kita menuntut ilmu ini!
Ilmu + redha Allah = syurga!!
Sedar atau tidak, sebenarnya kita sudah pun bermula dengan baik sekali. Bermula dengan meletakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Berbanding dengan orang lain yang meletakkan kejayaan hanya di kertas peperiksaan sahaja. Tahniah! Tinggal sahaja lagi gerak kerja kita untuk merealisasikannya! Gerak kerja bagi membuktikan ia bukan sekadar hiasan!
Yakin dan percayalah! Dengan kembali kepada-Nya sebagai hamba, usaha-usaha kita yang lain seperti menumpukan perhatian dalam kelas, proses ulang kaji, dan belajar secara berkumpulan akan menjadi lebih mudah dan berkesan!
Mohonlah
KESUDAHAN YANG BAIK BAGI ORANG YANG BERTAKWA
Memang sudah menjadi kebiasaan bagi kita sebagai seorang
pelajar, sering dinasihatkan supaya membetulkan niat sebelum belajar. Nasihat
ini sering disebut berulang-ulang kali oleh para guru, sahabat handai,
abang-abang dan kakak-kakak senior.
“Belajarlah kerana Allah.”
“Kalau nak belajar
tu,belajarlah kerana Allah.”
“Belajar kerana Allah
akan membuahkan kejayaan!”
Semua ini dan bermacam-macam lagi nasihat seperti ini sering dinasihatkan kepada kita. Nasihat supaya membetulkan niat sebelum belajar. Kalau kita perhatikan semuanya menyeru kepada satu fikrah yang satu. Belajar Kerana Allah!
* Bukan sekadar hiasan
Selepas sahaja mendengar nasihat ini, banyak tindakan positif yang mula digerakkan oleh kebanyakan pelajar. Ada yang mula melazimi ucapan nasihat itu sebelum tidur. Tidak kurang juga yang mencatatkan matlamat (Belajar Kerana Allah) itu dalam sehelai kertas kecil dan diletakkan di dalam ‘wallet’. Dan sebahagian besar yang saya lihat mereka manulis matlamat murni itu di atas sehelai kertas dengan cantik, kemas dan berwarna-warni. Kemudian ditampalnya pada meja, almari, dinding kelas dan pelbagai lagi permukaan yang mudah dilihat. Bagus! Teruskan usaha murni ini! Semoga yang berusaha akan berjaya!
Jika ditanya mengapa.
Jawapan mereka tetap sama.
“Ana nak jadikan ia sebagai kata-kata semangat! Setiap kali ana ternampak perkataan-perkataan tu, ana akan bersemangat nak belajar. Ya! Belajar Kerana Allah!” Dia menjerit lantang. Penuh bersemangat.
“Sejauh mana anta faham dengan matlamat itu? Apa yang anta faham dengan matlamat murni tu? Apa yang anta lakukan bagi merealisasikan matlamat belajar kerana Allah itu dalam kehidupan anta?” Saya melontarkan beberapa soalaan mudah kepadanya sambil tersenyum. =D senyum~~~~
Tiba-tiba dia terdiam seribu bahasa. Suasana menyepi seketika. Seolah-olah api yang marak tadi terpadam lenyap tiada makna. Dirinya terpaku. Mukanya kerut seribu. Sedarlah sahabat, ia bukan sekadar Hiasan!
* Ilmu + Redha Allah = ??
Bukanlah saya nak katakan di sini bahawa usaha anda menzahirkan matlamat itu di atas kertas, merupakan usaha yang sia-sia. Tidak! Sesekali tidak! Saya juga seperti anda. Saya juga turut menzahirkannya sebagai motivasi saya setiap hari. Jadi usaha kita ini bukan sia-sia, bahkan ia akan menjadi penggerak utama kepada usaha kita selepas ini. Usaha bagi merealisasikan apa yang kita sebut-sebutkan ‘Belajar Kerana Allah’. Ish! Katakan sajalah bagaimana!
Baiklah mari kita lihat dahulu apa yang diertikan dengan ‘belajar kerana Allah’. Saya tidak mengambil definisi tentang ini daripada mana-mana buku. Tetapi saya cuba membina definisi saya sendiri. Senang saja. Belajar kerana Allah membawa maksud : -Belajar Untuk Membawa Diri Kita ke Syurga- . Saya mereka-rekakah definisi ini? Jawapannya. Tidak! Mari kita lihat hadis nabi ini :
“Sesiapa yang merintis satu jalan bagi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan jalannya ke SYURGA.”
Nah!
Inilah yang dimaksudkan dengan belajar kerana Allah yang sebenar-benarnya. Kita Belajar
Kerana Allahmewajibkannya. Kita Belajar Kerana Allah redha
orang yang berilmu. Kita Belajar Kerana Allah mengangkat
martabat orang yang berilmu. Kita Belajar Kerana Allah menjanjikan
Syurga bagi orang berilmu! Barulah terbalas segala penat dan lelah
kita selama ini.
Kalau kita belajar atas dasar ini, bukan setakat ‘staight’ A dalam peperiksaan sahaja kita dapat, Syurga pun turut datang sebab kita taat. Taat kepada Allah dalam usaha kita menuntut ilmu ini!
Ilmu + redha Allah = syurga!!
* Ayuh Mulakan! Bermula dari Permulaan!
Sedar atau tidak, sebenarnya kita sudah pun bermula dengan baik sekali. Bermula dengan meletakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Berbanding dengan orang lain yang meletakkan kejayaan hanya di kertas peperiksaan sahaja. Tahniah! Tinggal sahaja lagi gerak kerja kita untuk merealisasikannya! Gerak kerja bagi membuktikan ia bukan sekadar hiasan!
Jadi gerak kerja yang pertama dan yang
paling utama ialah kembali kepada Allah sebagai hamba. Hamba yang patuh segala
perintah-Nya. Hamba yang bersungguh-sungguh meninggalkan
larangan-Nya. Hamba yang selalu mengharapkan redha-Nya. Hamba yang
takut kepada-Nya!
Mungkin
sahaja ada yang berasa hairan apabila saya tidak menyatakan bahawa gerak kerja
yang pertama ialah menyusun waktu belajarmengikut kepentingan. Atau, melazimkan
belajar secara berkumpulan. Mengapa kembali kepada Allah sebagai hamba pula
yang menjadi pilihan?
Saya
percaya jika anda sakit kuat, anda pastinya akan berjumpa dengan doktor bukan?
Ini kerana anda amat percaya bahawa doktor itu mampu menyembuhkan penyakit anda
itu. Betul tak?
Begitu juga apabila anda menuntut ilmu.
Kata mahu cemerlang. Kata mahu masuk Syurga. Jadi mintalah pada Yang
Menciptakannya. Dialah Allah! Pencipta kepada Syurga dan kecemerlangan yang
kita impikan! Jadi, kepada Dialah kita perlu kembali. Kembali menjadi hambanya
yang taat. Serta memohon kepada-Nya agar dikurniakan kejayaan itu.
Yakin dan percayalah! Dengan kembali kepada-Nya sebagai hamba, usaha-usaha kita yang lain seperti menumpukan perhatian dalam kelas, proses ulang kaji, dan belajar secara berkumpulan akan menjadi lebih mudah dan berkesan!
Mohonlah
kepada-Nya untuk berjaya.
Kerana Dialah yang
menciptakannya.
Jadikan proses
pembelajaran kita sebagai jalan ke Syurga!
Taat perintah-Nya.
Tinggalkan larangan-Nya.
Kerana inilah hakikat
yang sebenarnya,
Hakikat Belajar Kerana Allah!!
Subscribe to:
Comments (Atom)






