Monday, April 18, 2016
Manis yang Tawar
Malam ini tak serupa malam itu. Walau tarikhnya hampir sama di papan kalender, namun malam ini angin tidak lagi berlagu kasih. Sunyi... sepi... daun-daun pejam sedih.
Aku masih ingat malam itu cukup indah. Sehingga kalau pun gula ditabur ke tanah, semut tetap hinggap di bibirmu bikin rumah. Setiap bait kata-kata, setiap butir janji kau bina, buat aku makin haus, terkandas aku di kemarau cinta mu yang maha luas.
Kau janji mahu sehidup semati. Kau janji takkan lari sembunyi tinggal aku sendiri. Kau janji walau datang yang lain takkan aku kau berpaling. Kau janji itu kau janji ini. Kau janji..kau janji...
Memang setahun dua cinta kita mekar. Harum bunga mawar. Bagai di taman syurga disiram dibaja molek terjaga. Setiap masa kita bersama.
Setiap hari lahir kau hadiahkan aku barangan. Aku gembira. Bila tiba giliranmu, kuhadiahkan juga kita bahagia. Setiap kejayaanmu ku iringkan ucapan tahniah. Kita bergambar ku kirimkan hadiah. Walau tak bermewah kita usaha susah payah. Alhamdulillah... kau lah yang satu.
Kau lah yang satu. Di dalam doa nama mu ku mula sebut-sebut selalu. Aku berdoa biar walau apa pun yang bakal berlaku biar tetap kita bersatu. Kau sudah ku pilih sebagai pilihanku... yang bakal menceriakan setiap hari hari ku...
Yang takkan pernah aku bosan melihat senyuman. Biar orang berkata aku gila tidak siuman. Biar...Ah kalau sudah kuasa cinta mu bertahta di hati bagaimana mungkin aku berhenti tersenyum kepuasan. Semoga cinta kita berkekalan. Kata-kata orang itu tak usahlah kau pedulikan.
Namun sayang...
Tidak langsung kuduga. Ku sangkakan kemarau tiba-tiba hujan. Mawar di taman syurga akhirnya layu juga berguguran. Manisnya gula di bibir akhirnya bertukar masam kekelatan. Aku heran...
Entah datang dari mana, hadir pula seseorang di antara kita. Orang ke tiga. Aku tidak heran dengan kehadiran si dia. Tetapi kenapa pula engkau yang berpaling muka. Terus bertukar rasa. Membuka kitab cinta baru. Aku?
Aku kau tinggal seperti tunggul... seperti lalang tempat najis lembu dikumpul... seperti sampah orang buang tak kisah... seperti bangkai yang membusuk... yang mati dek kerana teminum racun janji-janji mu yang ku ingat dulu adalah penawar bila hati gundah tak bergula tawar.. aku bebal percayakan kau sial.
Namun... disebalik kesedihan ini... aku gembira.. kerana tidak lemas dan hanyut di dalam lautan cinta manusia.. aku kini sudah berjaya. Dengan sedikit usaha dan tenaga, aku kini sudah membuka syarikat aku sendiri.
Dengan rezeki yang melimpah ruah ini, bersama-sama keluarga ku kongsi. Dan dengan ketiadaan mu di sisi... barulah aku mengerti tanggungjawab aku yang hakiki,
Sebagai hamba sang Pencipta, sebagai anak hararapan keluarga....
Subscribe to:
Comments (Atom)
