KESIBUKAN jalan raya Indah itu seolah-olah memberikan visual jelas akan bercelarunya, akan berkecamuknya hati Pak Kasim. Biarpun namanya Indah, yang lazim ditakrifkan dengannya kegembiraan dan kesenangan, namun kesibukan dan kesesakannya petang itu amat kontra sekali dengan takrif lazimnya, Indah. Sesak itu juga jiwa Pak Kasim. Celaru itu juga qalbu Pak Kasim. Kereta-kereta yang meluncur deras bak jutaan persoalan yang bertalu keras di benaknya. Hiruk-pikuk hon yang bingit bak jeritan yang nyaring dalam batinnya. Ah, apa saja yang menghantuinya! Pak Kasim… Pak Kasim…
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Petang iu cukup berbeza daripada sebelumnya. Mentari garang senang elok menyorok di balik kepulan-kepulan awan kelabu yang sedari tadi bergerak tenang. Dedaunan yang gugur itu menari lesu mengikut saja daya angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dek dipaksa oleh graviti, jatuh pula sehelai di riba Pak Kasim.
“Huh!”, dia mengeluh keras. Si kecil yang diam di ribanya tadi jatuh mencium bumi.
“Kasim! Apa yang kamu fikir kamu cuba buat ha?”
“Ustaz tak perlu nak nasihatkan saya. Saya tahu apa yang saya nak buat. Ustaz teruskan jelah ceramah-ceramah ustaz tu dekat budak lain. Tak payah nak susah hiraukan saya.” Balas Kasim tanpa sekali pun melihat bola mata ustaznya yang setia duduk dihadapannya sedari tadi.
“Tapi Kasim…Rokok itu kan membahayakan kesihatan kamu. Ini untuk masa depan kamu jug…”
“Masa depan saya? Ah! Apa yang ustaz tahu tentang masa depan saya?” Tinggi nada suaranya.
“Kasim jaga adab kamu…”
“Ah! Adab je lah yang ustaz tahu! Perasaan saya ustaz tak pernah nak ambil tahu!”
“Kasim…”
“Sudahlah! Masa depan saya, saya yang tentukan! Tanpa adab pun saya boleh berjaya!” Jeritnya kasar. Kerusi ditarik ke belakang. Keluar. Pintu dihempas deras.
Dummm! Bunyi pintu itu serentak dengan dentuman guruh dilangit luas.
Tersentak Pak Kasim dari lamunan. Tangan menyapu-nyapu rambut kasar. Gusar. “Adab? Ah, baru kusedar akan peri pentingnya. Kalau dulu aku beradab terhadap guru-guruku, pasti aku tidak di sini sekarang. Pasti aku bukan begini sekarang. Maafkan aku ustaz. Maafkan aku. Hum….” Monolognya sendirian. Masih bermain-main lagi peristiwa di mana keputusan SPM diumumkan di ruang kepala yang sudah sekian lamanya dihimpit persoalan-persoalan membuntukan. Masih jelas garis senyum sahabat-sahabatnya yang jauh cemerlang senang dengan keputusan mereka, ada pun dia sendirian menangis di sudut hujung tandas. Kecewa? Kecewalah dia dengan adab buruknya sendiri!
Pandangannya disebar luas ke seluruh padang. Satu-satu diamatinya perlahan dari bawah pohon rendang yang lebih tua daripadanya. Sudah dua jam setengah diam dia di situ. Terlihat dari kejahuan kanak-kanak bermain riang. “Hummm….” Keluhnya lagi. Berat.
“Man… Mahu pergi mana nak… malam-malam buta ni?”
“Man nak keluar sekejap!” Rokok, kunci dan helmet dicapai.
“Man, dah solat belum? Man! Man berlumba lagi? Sudah lah Iman… kan…”
“Solat? Ah sejak bila abah cerita pasal solat ni? Abah sendiri tak pernah solat!” Tengkingnya kuat. Jaket kulit hitam dipakai siap. Ke arah pintu dia menuju. “Ah, lagi satu. Sejak bila abah ambil kesah fasal hidup Man? Man pergi mana! Dengan siapa! Semua abah tak ambil tahu! Inikan solat? Fasal adab tak payah disebut-sebut! Memang langsung tak pernah abah terapkan! Hahaha…ustaz mana yang dah..”
“Amir Iman! Cukup! Cuk…”
“Ah! Ini semua memang salah abah! Abah yang langsung tak pernah mendidik saya! Huh, abah? Kau bukan abah aku!” Pintu dihempas kuat! Enjin motor hidup. Satu saat. Dua saat. Sudah berlalu.
Kasim tercengang. Nafas turun naik. Bagai dada dihimpit. Berat. Suasana sunyi. Sepi. Bahasa lenyap dalam masa. Jasad terpaku. Fikiran buntu. Dummmmm!!
“Imaaaaaaaaaaaaan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Iman!” Pak Kasim terjerit separa kuat. Tangannya terhulur kehadapan bagai hendak mencapai anaknya. Anaknya yang kini hanya disebut-sebut dalam doa. Ya, dia sudah tiada. Ya, dia sudah mati! “Ah!” Kepalanya dihentam bola yang tidak sengaja disepak oleh anak-anak riang tadi.
“Maaf ya pak cik.”
“Tidak mengapa nak…” Balasnya bersama senyuman kelat. Sungguh dia terkesan dengan hentaman bola itu. Seolah-olah teguran keras dari Tuhan akan kesilapan silamnya.
“Maafkan abah iman… Maafkan abah… Abah yang salah dalam mendidikmu nak. Adab tidak abah terapkan! Sunnah tidak abah semaikan! Sehinnga kau rosak nak... sehinnga kau rosak... Ya Allah, jangan engkau azabnya! Aku yang bersalah! Aku yang bersalah ya Allah… Ya Allah!” Tangan dihentak-hentaknya ke tanah. Kesal dia dalam tangisan. Akhirnya kaca pecah jua. Kolam tangisan yang dia tahan-tahan akhirnya bocor jua. Air mata lelakinya mengalir lesu, menitik ke bumi Allah…
“Imaaaaaaaaaaaaan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Kasim menjerit kuat! Nafasnya tersekat-sekat di hujung hidung. Tombol pintu dicapai pantas. Pintu dibuka keras.
Masa bagai berhenti bersama langkah. Jasad Iman sudah berlumuran darah. Pekat merah! Kau sudah terlambat Kasim! Terlihatnya jasad Iman di bawah kereta besar. Kasim mengatur langkah pantas menuju kepada anaknya tercinta. Dipeluknya erat di atas riba. “Iman! Bangun nak!” Rayu seorang bapa malang.
Mulut iman terkumat-kamit. “a…aa…ku..uh, tak…kan…ma….uh…maaf….kan…kau!”
“Iman!! Mengucap nak! Mengucap! Asyhadu an laaa ilaaha illallah…..” Kasim membisikkan kalimah mulia itu di telinga anaknya. Dalam tangisannya dia melihat Iman terkulai layu. Dia sudah pergi!
“Anakku Iman!!” Seorang wanita menjerit dari arah dalam kereta.
Kasim yang mendakap mengangkat muka. “Zurina!!” Dia menjerit becampur kesal! Apa yang dilihatnya saat itu tidak masuk akal! Isterinya di dalam kereta bersama lelaki yang langsung tiada kena-mengena dengan nasab keturunannya. Jasad Iman diletaknya ke tepi. Tidak perlu baginya berfikiran waras ketika itu. Topi helmet Iman dicapainya dari atas jalan. Terus dia mendapatkan manusia yang menjerit tadi. Pannnng!! Kepala Zurina, isterinya menjadi mangsa! Berkali-kali dihentaknya!
Jiran-jiran mula keluar cuba meleraikan keadaan. Situasi cemas itu tidak dapat dikawal sesiapa. Lelaki yang bersama isterinya tadi lenyap menghilangkan diri. Dek tahu akan dibunuhnya sama seperti jasad wanita yang derhaka terhadap suaminya itu. Zurina.
“Sudah lah Kasim!”
“Sudah lah Kasim! Sudah!
“Kasim!!!!!!!!!!!!”
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Pak Kasim sudah hilang pertimbangan. Air matanya kini mengalir lebih deras. Titik-titik hujan mula membasahi bumi. Turut menangisi kisah silam seorang yang malang. Pengabaian Pak Kasim tentang adab dan sunnah di dalam kehidupannya serta keluarganya benar-benar membuatkan dia menyesal kini! Nah, mengundang penyesalan yang teramat!
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Pak Kasim mengalihkan pandangannya lemah ke arah tanah perkuburan nun di seberang jalan Indah yang baru sahaja dilawatinya tiga jam lepas. Dia masih menangis kekesalan.
“Sudahlah Kasim, jangan lah kau tangiskan lagi barang yang lepas… marilah dikau turuti aku. Sudah lama aku tidak ketemu engkau, kanda. Marilah…mari… Aku rindu sama kamu kanda.”
“Ah, Zurina! Zurina! Maafkan Abang Zurina! Maafkan abang!”
“Marila kanda….mari….”
Dummmm!!
“Pak Kasiiiiiiiiiiiiiiiimmm!!!!”
“Uh..uh… Maafkan abah Iman….Uh.. maa…afkaa..n..abang Zuu…ri..na…”
“Pak Kasim!!!!”
“Ustaz tak perlu nak nasihatkan saya. Saya tahu apa yang saya nak buat.”
“Kasim jaga adab kamu…”
“Uh…uh..”
“Sudahlah! Masa depan saya, saya yang tentukan! Tanpa adab pun saya boleh berjaya!”
“Solat? Ah sejak bila abah cerita pasal solat ni? Abah sendiri tak pernah solat!”
“uh….aaahh….”
“Amir Iman! Cukup! Cuk…”
“Ah! Ini semua memang salah abah! Abah yang langsung tak pernah mendidik saya!”
Penglihatan tuanya menjadi kabur. Nafasnya putus….putus. Darah merah mula mengalir basah. Hujan lebat akhirnya turun sama. Manusia lain sibuk mengerumuni mayat orang tua malang itu. Tidak ada yang dapat Pak Kasim lalukan untuk mengubah takdirNya. Semuanya sudah tercatat sebagai suratan. Suratan yang berkekalan……
Dummmm!!! Dumm!! Guruh berdentum! Adakah petanda mahu hujan?
Tidak! Ia petanda seorang lagi hambanya pergi menghadapNya!
